Wednesday, October 9, 2013 @ 00:53
Assalamualaikum! Yeah PMR dah habis. Sekarang tinggal bertawakal je :)x
So em yeah i found this. Deep weh deeeep!
--------------------------------
Bezanya dulu dengan sekarang;
Masa dia selalu ada untuk kau, kau suka. Kau bahagia. Sampaikan kau harap dia ada untuk selamanya. Apa yang dia kata, ikhlas dari hatinya, kau percaya. Langsung tiada prasangka. Tepat pada hati kau boleh merasa bahawa betapa ikhlasnya dia. Kalian berdua bahagia. Menyemai janji bersama. Menghabiskan masa setiap hari meluahkan kata kata. Masalah kau, masalah dia. Kebahagiaan kau, itu milik dia juga. Semua benda dia bagitahu kau. Tiada rahsia antara kalian berdua. Buat apa, makan apa, sihat ke tidak, dah bangun tidur ke belum, pergi mana. Sampai kan, keluarga dia kau kenal. Keluarga kau juga sama mengenali dia. Dengan itu, makin akrab kalian berdua. Kau dah anggap dia macam keluarga sendiri. Cuma kadang kadang bila dia takda masa untuk kau, kau je yang suka fikir bukan bukan. Kau sangka dia hanya janji dusta. Kau sangka dia tak ada untuk kau. Kau suka berfikiran buruk. Walhal dia takda niat langsung. Kau je yang "over attracted". Bila dah macam tu, ada juga kau rasa sedih sebab kau fikir macam tu, walau dia sentiasa ada untuk kau. Walau bukan pada zahirnya, dia memang ada. Cuma jarak tak mengizinkan. Sekejap kau bahagia. Sekejap kau sedih. Walau dia sentiasa ada.